Program Derma Darah 2025

Yayasan KPRJ dengan kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim, Eco Botanic, dan Hospital Sultanah Aminah telah menganjurkan Jom! Derma Darah pada 22 Februari 2025 (Sabtu) di Ruang Legar, Eco Galleria, Iskandar Puteri dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.

Program ini bukan sekadar platform untuk menderma darah, malah program ini turut disertai pihak Yayasan Sultan Ibrahim bagi meraikan golongan asnaf dengan memberikan barangan keperluan kepada mereka. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan senamrobik bagi tujuan ke arah gaya hidup sihat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berbahagia Encik Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru, bersama Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Shahrin bin Dato’ Rahmat, Ketua Pegawai Strategik KPRJ, mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Anizam bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sultan Ibrahim, bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 150 orang penerima terpilih.

Setiap titisan darah yang didermakan memberi seribu makna serta sejuta harapan kepada penerima dan keluarga mereka. Terima kasih kepada semua penderma yang sudi berkongsi harapan dan semoga kebaikan anda dibalas dengan kebaikan.

Hubungi Kami

Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

+607 533 7777

enquiry@kprj.com.my

                                    ©2024. Hak Cipta ©2024 Yayasan KPRJ