Program Kembara Syawal

Yayasan KPRJ, dengan kerjasama Generasi Takzim Sdn Bhd, anak syarikat milik KPRJ, telah melancarkan Kembara Syawal yang melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian. Program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kotak makanan asas kepada golongan B40, M40, dan Asnaf sempena bulan Ramadan dan Syawal 2025, sebagai salah satu inisiatif di bawah teras Pembangunan Komuniti.

Pada 25 dan 26 Mac 2025, sumbangan telah disampaikan di Pangsapuri Alamanda kepada 20 keluarga dan di PPR Seri Pengerang kepada 150 keluarga yang telah dipilih berdasarkan keperluan mereka. Misi ini diteruskan ke daerah Pontian, dengan sumbangan disalurkan kepada 36 asnaf di kawasan Kukup pada 28 Mac 2025.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan, terutama sekali sepanjang bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Harapan kami agar bantuan ini memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada penerima, serta mengeratkan ikatan kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Hubungi Kami

Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

+607 533 7777

enquiry@kprj.com.my

                                    ©2024. Hak Cipta ©2024 Yayasan KPRJ