Program Bantuan Mangsa Banjir dengan Kerjasama dengan PBSM

Yayasan KPRJ, dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia, menzahirkan rasa simpati terhadap nasib mangsa banjir seramai 4,800 orang di Johor dengan melancarkan misi kemanusiaan melalui inisiatif “United Together for More Resilient 1.0”, sebagai salah satu teras di bawah Sukarelawan dan Bantuan Kemanusiaan.

Sumbangan makanan, minuman, dan keperluan asas telah disalurkan kepada barisan ‘Frontliners’ dan mangsa banjir. Lokasi yang terlibat adalah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Murni Pok, Sekolah Agama Kampung Pulai, Masjid Al-Muttaqin Ulu Pulai, Ulu Choh, Dewan Raya Gelang Patah, serta beberapa PPS lain yang terlibat.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dan memberi sedikit keceriaan dalam menghadapi ujian ini. Harapan kami adalah untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam membantu masyarakat yang memerlukan, terutamanya ketika bencana melanda.

Hubungi Kami

Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

+607 533 7777

enquiry@kprj.com.my

                                    ©2024. Hak Cipta ©2024 Yayasan KPRJ