Hari Kelestarian SK Taman Tun Aminah 2 Sempena Hari Bumi

Hari Kelestarian SK Taman Tun Aminah 2 Sempena Hari Bumi 2025

Yayasan KPRJ berbesar hati atas jemputan menyertai Program Hari Kelestarian anjuran SK Taman Tun Aminah 2 sempena Sambutan Hari Bumi 2025.

Program ini merupakan manifestasi komitmen bersama dalam menerapkan nilai kelestarian alam sekitar di peringkat akar umbi. Menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan, usaha ini menjadi langkah awal penting dalam membentuk generasi masa depan yang lebih prihatin terhadap penjagaan alam sekitar.

Yayasan KPRJ menyokong penuh inisiatif seperti ini, selaras dengan aspirasi kami dalam memperkasa pembangunan mampan dan membudayakan tanggungjawab alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Sutina binti Ramli, Pemangku Pengurus, Yayasan KPRJ, bersama Yang Berusaha Puan Rohani binti Mat Kamis, Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Tun Aminah 2 atas dedikasi dan semangat dalam menjayakan program ini.

Hubungi Kami

Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

+607 533 7777

enquiry@kprj.com.my

                                    ©2024. Hak Cipta ©2024 Yayasan KPRJ