Program Gotong Royong penanaman Pokok dan Keceriaan di Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang
Yayasan Kprj terus komited dalam memperkasa pembangunan komuniti dan alam sekitar melalui Program Gotong Royong Penanaman Pokok dan Keceriaan di Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah pada 16 Julai 2025.
Seramai 15 orang sukarelawan Yayasan KPRJ telah turun padang bergading bahu bersama Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat dalam menjayakan aktiviti penanaman pokok serta menceriakan kawasan sekolah.
Program ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif di samping memperkukuh hubungan antara institusi dan komuniti.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Yayasan KPRJ dalam memupuk semangat kesukarelawan, tanggungjawab sosial dan kelestarian alam.
Hubungi Kami
Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
+607 533 7777
enquiry@kprj.com.my