Program Prihatin Insan & Gotong -Royong di Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah, Simpang Renggam

Program Prihatin Insan & Gotong Royong di Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah, Simpang Renggam telah berjaya dilaksanakan pada Rabu, 30 Julai 2025 dengan penglibatan seramai 15 orang sukarelawan daripada Yayasan KPRJ.

Di antara sumbangan yang disalurkan adalah mesin penyedut cecair paru-paru (2 unit), kerusi roda pelbagai guna (4 unit), alatan fisioterapi mudah alih (2 unit), mesin basuh ‘heavy duty’ (1 unit), kipas dinding (4 unit), serta pelbagai keperluan lain yang berkaitan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan KPRJ dalam menyantuni komuniti dan menyemai nilai keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada warga Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah serta menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Hubungi Kami

Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

+607 533 7777

enquiry@kprj.com.my

                                    ©2024. Hak Cipta ©2024 Yayasan KPRJ