Sumbangan Sebuah Van Jenazah kepada Masjid Jamek Al-Hakim, Kampung Ulu Choh, Kulai, Johor

Yayasan KPRJ telah menyerahkan sumbangan sebuah van Jenazah kepada Masjid Jamek Al-Hakim, Kampung Ulu Choh, Kulai, Johor pada 7 September 2025.

Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Pengerusi Yayasan KPRJ kepada Tuan Haji Abdul Razak bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Masjid, dengan kehadiran penduduk setempat serta para jemaah.

Masjid Jamek Al-Hakim Ulu Choh dipilih sebagai penerima kerana menepati beberapa kriteria utama yang ditetapkan Yayasan KPRJ, antaranya mempunyai lebih 1,000 penduduk Islam disekitarnya, belum memiliki van jenazah, serta memenuhi syarat-syarat penilain lain.

Sumbangan ini juga merupakan sebahagian daripada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah ansuran masjid, yang turut diserikan dengan Bacaan Yassin, Qasidah serta Ceramah Agama oleh Al-Fadhil Ustaz  Abdul Manaf bin Abdul Wahab.

Inisiatif ini selaras dengan teras bantuan kemanusiaan dan kesukarelawan Yayasan KPRJ, serta bertepatan dengan sunnah Rasullulah SAW dalam mempermudahkan urusan umat Islam, khususnya berkaitan tanggungjawab fardu kifayah.

Semoga sumbangan ini memberi kemudahan kepada komuniti setempat, memperkukuh lagi peranan masjid dalam khidmat ummah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Hubungi Kami

Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

+607 533 7777

enquiry@kprj.com.my

                                    ©2024. Hak Cipta ©2024 Yayasan KPRJ