Yayasan KPRJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor atas kepercayaan untuk bersama menjayakan inisiatif Environmental, Social and Governance (ESG) selari dengan pendekatan Education for Sustainable Development Goals (ESDG).
Kerjasama strategik bersama Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) UTM ini telah berlangsung selama lima bulan bermula Ogos hingga Disember.
Pada 01 Disember 2025 telah berlangsung INTERNATIONAL EMERGING TRENDS IN EDUCATION COLLOQUIUM & POSTER COMPETITION 2025 (IETECC 2025) yang turut melibatkan penyertaan universiti antarabangsa iaitu Universitas Sriwijaya (UNSRI), Universitas Negeri Surabaya (UNESA) dan Universitas Lampung (UNILA) sebagai platform perkongsian idea, inovasi dan amalan terbaik dalam pendidikan.
Inisiatif ini seterusnya diperkukuh melalui pelaksanaan Jalinan ESG: Perintis Hijau Sekolah Agama Negeri Johor yang menerapkan budaya dan amalan hijau bersama pelajar di 17 buah sekolah agama di Negeri Johor; melibatkan 100 lebih penyertaan serta pelbagai aktiviti berteraskan kelestarian.
Kemuncak program diraikan pada 06 Disember 2025 menerusi Majlis Perasmian Penutup yang merangkumi penyampaian hadiah kepada pemenang, Pertandingan Dai Hijau serta penghargaan kepada sekolah dan rakan kerjasama. Program ini turut disempurnakan dengan penganjuran Seminar Integriti yang melibatkan 250 orang mahasiswa UTM Semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, sebagai usaha memperkukuh nilai integriti dan kepimpinan bakal pendidik.
Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan KPRJ dalam membangunkan modal insan yang berakhlak, berintegriti dan berdaya saing berteraskan kelestarian, bukan sahaja di Negeri Johor, malah di peringkat Malaysia dan antarabangsa.
Hubungi Kami
Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
+607 533 7777
enquiry@kprj.com.my