Yayasan KPRJ telah menyalurkan sumbangan kotak makanan asas dan duit raya berjumlah RM20,000 kepada golongan asnaf serta keluarga kurang berkemampuan.
Program ini dilaksanakan melalui Skim Jauhar Prihatin dengan kerjasama Generasi Takzim Sdn. Bhd. dan Program Rumah Ikhsan Yayasan KPRJ, yang melibatkan penerima di beberapa kawasan seperti Rumah Transit Bangsa Johor Kulai, PPR Pengerang, Pangsapuri Aman Larkin, Pangsapuri Alamanda, Kampung Baru Sungai Redang (Ulu Tiram) serta Kampung Pekan Nenas.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada teras Pembangunan Komuniti Yayasan KPRJ dalam usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
Semoga sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Syawal para penerima serta mengeratkan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Program ini melibatkan 60 orang murid sekolah menengah bagi daerah Segamat, Tangkak dan Muar.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan alam semujadi dan nilai kepimpinan dalam diri murid-murid. Dalam pada itu, pendidikan dan pendedahan ESG kepada murid juga diterapkan.
Yayasan KPRJ berharap dengan penganjuran program seperti ini menjadi nilai tambah dalam pembangunan murid di negeri.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Encik Taufik bin Bahar, Pengarah Yayasan KPRJ merangkap Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor.
Hubungi Kami
Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
+607 533 7777
enquiry@kprj.com.my