Program Titipan Amal

Yayasan KPRJ telah menganjurkan Program Titipan Amal pada 17 Mac 2026 yang melibatkan seramai 40 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Pontian.

Program ini bertujuan menceriakan mereka dalam membuat persiapan menyambut Syawal, selaras dengan komitmen Yayasan KPRJ dalam memperkasa pembangunan komuniti dan membantu golongan yang memerlukan.

Antara pengisian utama termasuk sesi membeli-belah persiapan raya seperti baju dan kasut di AEON Bukit Indah. Program kemudian diteruskan di Omnia Hall, Opero Hotel dengan penyampaian sumbangan kepada pertubuhan berjumlah RM15,000 serta agihan duit raya kepada anak-anak yatim, sebelum diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.

Program ini turut disokong oleh Sukarelawan Yayasan KPRJ yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan serta mewujudkan suasana yang mesra dan penuh kasih sayang.

Semoga usaha ini dapat menceriakan anak-anak yatim serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Hubungi Kami

Yayasan KPRJ
Seri Medini, No 7, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

+607 533 7777

enquiry@kprj.com.my

                                    ©2024. Hak Cipta ©2024 Yayasan KPRJ